Monday 17 February 2014

Pulau Pangkor

February 17, 2014 1 Comments
Sebagai pembuka, cewahh...aku nak cerita sikit pasal Pulau Pangkor. Pangkor ni dekat je dari rumah aku, so memang kalau nak pergi ke sana tu bila-bila masa je boleh. Kitorang semua satu family pergi dalam akhir tahun lepas, tak silap aku bulan 12. Cuti sekolah kan, so memang masa tu je lah ada masa nak bercuti dengan ahli keluarga. Sebabkan mak cik aku masih ada anak yang bersekolah, so nak tak nak kena lah tunggu musim cuti sekolah baru dapat hang out sama-sama.
Apa yang menarik pasal Pulau Pangkor ni? Hah..ni nak cerita ni. Banyak gila yang menarik. Pantai dia memang tip top lah..putih, bersih. Jangan kata sampah, ranting kayu pun susah nak cari. Tapi tu pantai yang kitorang pergi tu lah, aku tak sure pulak macam mana keadaan pantai yang lain..haha. Tapi yang pasti, kalau korang semua ada keinginan nak bercuti kat sini, make sure book dulu hotel or tempat penginapan, terutamanya masa cuti sekolah. Bukan apa, kalau korang lambat, bukan tak dapat bilik, tapi yang tinggalnya just bilik-bilik mahal lah. Kalau korang ni jenis tak kisah belanjakan banyak duit untuk tinggal kat bilik VIP takpe, tapi kalau nak jimat kos, baik book cepat supaya boleh dapat bilik yang harganya average. Ni antara gambar-gambar yang aku ambik masa kat sana:


Cuba tengok gambar ni betul-betul, korang akan nampak ada 'Mr. Crab' kat situ..

Masa kat Pangkor ni, kitorang semua stay dekat Pangkor Island Beach Resort. Ok lah resort ni, cantik, semua kemudahan ada. Tentang harga...emm, aku pun tak sure. Haha. Sebab percutian kitorang ni pun sebenarnya di'taja' oleh pak cik aku. Dia yang bayar semua, so aku sendiri pun tak tahu harga yang sebenar. Macam mana pun, aku boleh agak, maybe kos tinggal kat sini agak mahal sebab makanan-makanannya memanglah sangat mahal. Kitorang bernasib baik sebab pak cik aku ambik pakej, makanan termasuk sekali. So, kira kitorang semua makan pun ditaja, kira macam free semualah. Haha. (thanks to my uncle, xp) Apa yang best kat sini, diorang ada sediakan kemudahan macam kolam renang, padang golf, permainan macam snooker, basikal, kayak, spa, internet and macam-macam lagi lah. Agak berbaloi lah untuk stay kat resort ni. Selain tu, ada jugak disediakan kawasan and dewan untuk korang buat aktiviti macam family day ke..so semuanya ada, tak perlu risau. 
Kat sini banyak gak foreigner, and lagi satu, pasal makanan aku nak cerita..makanan yang dorang sediakan memang terbaik. Sedap, banyak pilihan, makanlah sepuas-puas hati korang. Ada makanan kampung, western, pasta, ais-krim, kek, buah-buahan, koktel, nasi lemak, bacon, pancakes...wah~ banyak gila! Percayalah, berat badan aku naik 10 kg tahun lepas semua sebab pergi bercuti kat Pangkor ni lah. Tak dapat menahan nafsu makan bila tengok makanan banyak-banyak macam tu, haha.
So, kalau korang berminat nak datang ke resort ni, korang boleh try usha-usha dulu kat laman web agoda ni:
http://www.agoda.com/pangkor-island-beach-resort/hotel/pangkor-my.html

Salah satu bilik kat sini

Well, 'Monkey Business'....



Bercuti memang tak sah lah kan kalau tak ambik gambar. Aku bukan jenis yang suka berselfie ni, so kebanyakan gambar yang aku ambik selalunya gambar pemandanagan, flora and fauna, bangunan... Ni antara gambar dari instagram aku:

Kat resort ni ada banyak burung merak, cantik kan burung ni?
Sebenarnya ada jugak burung enggang, tapi aku tak sempat
nak ambik gambar

Keindahan deruman ombak :)


Haha, cakap pasal gambar..ramai yang ingat aku ambik gambar-gambar kat Pangkor ni guna kamera dslr. Tapi sebenarnya tak, aku punyalah excited nak bercuti sampai boleh tertinggal kamera aku kat rumah. (memang jendol betul!) Kalau korang nak tahu, aku just guna kamera handphone Samsung aku yang kameranya hanya 5 megapixel. So, korang tak perlu pun sebenarnya kamera canggih-canggih untuk dapatkan gambar yang cantik. Asal korang pandai main angle, tak payah dslr, photoshop or filter pun dah boleh hasilkan gambar yang cun sebenarnya. Ok, sampai sini je adventure aku kat Pulau Pangkor. Harap korang semua enjoy baca pengalaman aku kat sini. Sesiapa yang peminat pantai tu, aku memang suggest sangat-sangat korang pergi Pulau Pangkor, Perak ni..sebab kat sini pantainya memang sangat best!!



Bye bye!!!




Follow Us @soratemplates