Sebenarnya dah lama pergi ke Cameron Highland ni, dalam bulan Disember tahun lepas rasanya. Tapi sebabkan malas, baru sekarang ni nak share dekat blog haha
I memang selalu pergi Cameron, dulu masa zaman sekolah almost setiap tahun akan naik sana with my family. Tapi yelah bila dah pergi dengan orang-orang tua ni (especially my dad lahh), dia bukan nak pergi tempat-tempat macam taman lavender and ladang teh ni. Asyik-asyik beli sayur, beli bunga, beli sayur, beli bunga (hmm nasiblah)
So tahun lepas masa office kitorang ada buat event dekat Kelantan, otw nak balik KL tu kitorang mengulat lah kejap haha, boleh pulak melencong and singgah dekat Cameron
Kitorang first singgah taman lavender dulu sebab dia yang paling bawah. Nama taman ni Cameron Lavender. Nak masuk hari tu dewasa kena RM10, kanak-kanak RM7. Senior citizen I lupa lah pulak
So ni lah rupanya lavender dekat dalam taman tu. Cantik kan? Penuh purple. Rasa macam nak berlari-lari di celah-celah lavender tu, berangan ala-ala movie hindustan (lel)
And dekat dalam tu bukan ada bunga lavender semata, ada banyak lagi decoration lain contohnya patung-patung beruang panda ni. Ada banyak dekat sekitar taman tu, maybe panda is maskot dorang kot
And this is our first wefie berlatar belakangkan bunga-bunga lavender. Oh btw masa ni nak dekat-dekat christmas so tu yang lagi meriah tu sebab ada perhiasan christmas sekali
Jangan tanya siapa yang tudung grey and merah tu, dah jadi bini orang ye. Kalau nak kenal yang para jejaka sila pm tepi Insha Allah semua masih available haha |
And selain lavender ada banyak lagi jenis bunga dekat taman ni rupanya. Memang masa tu rasa syok gila lah dikelilingi bunga-bunga cantik, banyak pulak tu
Bila member ambik gambar kita
VS
Bila kita ambik gambar member
Our favorite captain, Gee ❤
Dua orang paling tak senonoh dalam team Perak haha
I mula nak beli these dolls sebab comel sangat sekali tengok harga mahal hmm tak jadi lah
And also dalam taman ni ada kedai khas untuk beli buah tangan macam keychain ke, dolls, and also cactus. I ingat kedai tu barang-barang dalam dia semua purple. Masa tu I rasa ada ambik gambar dalam kedai tapi check dalam phone takde dah. Maybe dah delete
So dah habis jalan-jalan bergambar semua dalam lavender garden ni, kitorang pergi next stop pulak; ladang teh
Bye bye taman lavender! |
Dah alang-alang sampai Cameron kan, tak sah lah kalau tak pergi ladang teh. Sampai je sana, I yang tak pernah jejak kaki ke ladang teh ni (pergi je Cameron banyak kali tapi ladang teh tak pernah singgah lol) rasa macam amazed gila tau! Sebab keliling kita semua hijau je, luas pulak tu dekat depan mata
Kalau sebelum tu dekat taman lavender rasa syok je tengok bunga, dekat ladang teh ni lagi lah rasa kalau boleh taknak balik KL dah nak duduk sini, nyaman, hijau, tenang...
Masa ni I tak bawak baju banyak, tak tahu lah pulak nak singgah mana-mana kan so I pun pakai je lah tshirt office ni (tu je pun yang ada). Padan muka sensorang huduh haha |
And kalau dah namanya pun ke Tanah Tinggi Cameron Highland, mesti lah kena beli strawberry kann. Boleh tahan gemuk-gemuk jugak strawberry sini
Ramai yang kata strawberry dekat Cameron ni kononnya dekat atas tu je manis dah bawak turun dia jadi masam or rasa dia dah tak sama lah macam makan masa kat atas tanah tinggi tu. To me, I think macam b***sh*t je benda tu haha. Sebab seriously sama je rasa dia dekat mana-mana pun. Cumanya bila makan dekat atas ni lagi best lah sebab fresh, cuaca pun sejuk, sambil jalan-jalan cuci mata pulak. It's all about the mood je sebenarnya
And kalau you guys tak suka masam strawberry don't worry sebab ada jual chocolate dip sekali dekat sini. So boleh makan strawberry celup chocolate yumm yumm
❤ ❤ ❤ ❤
Okay tu je nak citer pasal jalan-jalan Cameron hari tu. For me, I personally memang dari kecik suka sangat naik Cameron sebab I suka sejuk. Lagi satu I memang suka makan buah strawberry and sweet potato tu. And yang kelakar I ingat masa kecik dulu I pernah niat, dah besar nanti nak kerja and stay dekat Cameron haha
But tu lah masalah I ni suka sangat duduk dekat big city and tempat yang banyak mall. Sebab senang nak pergi Watsons and Guardian, lel. But ada jugak other side of me yang suka hidup tempat macam Cameron ni.. sejuk, nyaman, penuh tumbuhan-tumbuhan dan bunga. So best! Cameron Highland is indeed best untuk jalan-jalan, tempat nak bergambar pun banyak
So sampai sini je post kali ni Thanks for reading this
No comments:
Post a Comment